Selasa, 27 Disember 2011

Lagi fabric tersedia untuk tempahan

Pilihan fabric dari US Designer:-


CX 352
Patty Reed Designs
Peace & Flower
Black
100% Cotton
Status : Available
CN 503
Michael Miller - Lil Plain Jane
Daisy
Black
100% Cotton
Status : Available
DB 447
Michael Miller - Peace Group
Flower Peace
Brown
100% Cotton
Status : Available
ED 365
David Textiles
Glorious Food Dots
Cream
100% Cotton
Status : Available
EE 933
Riley Blake Designs
Trick & Treat Sweets
Black
100% Cotton
Status : Available
EJ 372
David Textiles
Peace and love Words
White
100% Cotton
Status : Available





UH 228
Premier Prints - USA
Hooty Owls
White / Candy Pink
100% Cotton
Status : Available

Ahad, 25 Disember 2011

2012 - Pilihan Kain untuk Tempahan

Antara kain pilihan untuk sebarang tempahan:-


  • Swiss Cotton
SC001
















  • Heavy Cotton
HC001

HC002
















  • English Cotton
EC001
EC002

EC003













EC004

















  • Japanese Cotton

JC001
JC002
JC003

JC004












JC005
JC006




















BerWajaH bARu

Assalamualaikum....alhamdulillah akhirnya uniey dapat kembali  berblog lagi.....heheheh macam bagi ucapan la pula.....hahahah.Apa-apapun first uniey nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi melawat TERATAK ini walaupun TERATAK ini sudah lama terbiar usang .INSYAALLLAH  untuk tahun 2012 uniey akak kembali aktif dan untuk penutup ucapan (hahahhhha) uniey ucapkan salam perkenalan pada semua dan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.:):):)

Ahad, 8 Mei 2011

HapPY MotHers DaY...



Salam, SeLaMat Hari Ibu kepada sumer ibu2...


Ibu sememangnya insan yang terbaik buat kite sumer. Malahan, Rasulullah sendiri apabila ditanya siapa yang harus disayangi, sabanyak 3 kali baginda memberitahu ibumu...ibumu...ibumu...kemudian baru bapamu...Begitulah agungnya seorang ibu dimata Rasulullah. Bukan itu jer, sebagai bukti nya, syurga itu terletak di bawah kaki ibu. Malahan dalam islam sendiri menyuruh kiter agar mentaati ibu. Jangan sesekali menyakiti mereka mahupun meninggi suara terhadap mereka walau dengan berkata "ah! ataupun.."eh!". Begitu mulianya seorang insan bergelar ibu. 


Seharusnya mereka di sayangi dan ditaati oleh anak-anaknya. Sembilan bulan bersusah payah mengandungkan anak, bertarung nyawa untuk melahirkan anak kesayangannya walaupun mungkin mengorbankan nyawanya sendiri. Dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Segala keperluan dan kemahuan anak cuba dipenuhi tanpa memikirkan diri sendiri. 


Jika dikira dan dihitung, tak terkira besarnya pengorbanan mereka. Namun sebagai anak, cukup ke apa yang telah kita lakukan untuk mereka jika dibandingkan dengan apa yang telah mereka berikan pada kita, kehidupan kiter anugerah dari mereka....


So, bersempena ngan hari ibu, MOM's Bestday....jom kita renung-renungkan kisah ini...ganjaran Allah terhadap anak yang memuliakan ibubapanya...insya Allah..




Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk ke dalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut .

Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkan Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

Selamat Hari Ibu kepada bondaku...hanya Allah mampu membalas jasa dan pengorbananmu...



Jumaat, 18 Mac 2011

peNat + suKa + SeDiH...huhuhu

alhamdulillah...sumer dah settle. dalam sebulan nie...bz sangat ditambah ngan penat lagi. memang tak leh fokus ngan jait menjait nieh...
tapi bla dah settle sumernyer, dah tengok hasilnyer...um...suker sangat. memang puas ati.salah satu impianku telah tercapai...syukur pada Allah. disebalik kejadian yang mendukacitakan rupa2 nyer tersembunyi 1001 kemanisan.hehehe...
tapi  dalam suka pun ader sedih nyer...cutter kesayangan ilang.huhuhu....wa.........

"langit tak semestinya selalu cerah....Hujan tak semestinya Berterusan...yang penting..hadapilah ia dengan hati tenang...insya Allah...ada yang terbaik untuk kita..."